Malam tadi, malam pertama umat Islam di Brunei Darussalam mengerjakan solat tarawih.... Seperti tahun-tahun sebelumnya, malam pertama solat tarawih, di mana-mana masjid akan dipenuhi dengan para jemaah yang tidak ingin melepaskan peluang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan-amalan berkebajikan dengan mengharapkan keredhaan daripada Allah semata-mata.
Disebalik keghairahan meraih peluang setahun sekali ini, terdapat juga ibu bapa yang kurang prihatin dengan membiarkan anak-anak kecil mereka bermain-main di belakang saf-saf dengan membuat bising dan hingar-bingar sehingga mengganggu mereka yang bersolat. Alangkah elok jika anak-anak tersebut dibawa bersolat ditepi mereka supaya mereka tidak membuat bising dan berlari-lari di dalam masjid.
Satu lagi perkara yang agak pelik ialah kelibat sesetengah jemaah yang beredar selepas 8 rakaat solat tarawih. Tak tau lah kemana tujuan mereka selepas itu, tetapi ini adalah peluang setahun sekali.. Janganlah disia-siakan peluang seperti ini. Satu lagi yang kurang menyenangkan ialah speed para imam yang mengimamkan solat tarawih ini... Sesetengah tempat... masya Allah, laju sangat hingga hilang keseronokan bersolat tersebut, kerana rasa terkejar-kejar dengan perbuatan imam....
Walau apapun, diharap masjid-masjid akan sentiasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini dan seterusnya berkekalan seperti itu selapas Ramadan nanti. Jangan nanti selepas Ramadan, suasana kembali menjadi lengang dan sunyi... Saya teringat pesan seorang fasilitator kursus yang pernah saya ikuti.... 'Orang-orang Yahudi tidak akan berasa gentar terhadap umat Islam sehingga orang-orang Islam apabila jemaah solat Isya dan Subuh mereka melebihi jemaah solat Jumaat dan Hari Raya'. Renung dan fikirkan lah....
Ramadan Karim...
No comments:
Post a Comment