Alhamdulillah.... kita di negara ini merasa amat bersyukur kerana Kebawah Duli saban tahun telah bermurah hati mendermakan kurma kepada semua umat Islam di negara ini tanpa mengira keturunan dan kerakyaatan mereka. Semua ampit..... Pengagihan kurma ini dijalankan melalui ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu mukim.. Semoga amalan berkebajikan Kebawah Duli ini akan diterima oleh Allah SWT.
Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Apakah hikmah berbuka dengan kurma? Berikut dipetik laporan Berita Harian mengenai kelebihan berbuka dengan kurma.
Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.
Orang berpuasa sehari suntuk, memerlukan makanan pemberi tenaga yang mudah dicerna dan diserap kedalam tubuh badan.
Antara jenis makanan yang termasuk dalam kategori tersebut ialah ruthab (kurma segar) atau tamar (kurma kering).Ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.
No comments:
Post a Comment