Wednesday, 15 September 2010

Rumah terbuka

Dalam memperkatakan tentang hari raya, satu hal yang agak sinonim dengannya ialah rumah terbuka. Sekarang sudah menjadi semacam satu tradisi untuk mengadakan rumah terbuka dengan mengundang kawan-kawan dan jiran-jiran berhari raya ke rumah. Berbanding tahun-tahun 70an dan 80an, rumah terbuka bukanlah satu perkara yang lumrah. Jiran-jiran terdekat tak payah diundang jika mereka hendak berhari raya. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku sekarang ini. Kalau tak diundang, mereka seolah-olah rasa berat untuk berhari raya... Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ini. Dahulu, sewaktu zaman kanak-kanak lagi, kami bebas berkunjung ke rumah sanak saudara bersama rakan-rakan. Bukannya ada apa-apa pun yang nak dihajati. Yang pentingnya rasa seronok berhari raya. Terasa sungguh jauh bezanya berhari raya sekarang dengan zaman dahulu.

Bayangkan apakah yang bakal berlaku 10, 20, 50 tahun dari sekarang. Bagaimanakah agaknya suasana hari raya nanti.


No comments:

Post a Comment