Wednesday, 10 December 2008

Suasana Aidiladha di Brunei Darussalam

Alhamdulillah, Aidiladha disambut dengan gembira di seluruh tanahair, walaupun tak semeriah aidilfitri. Jarang kedengaran sambutan diadakan secara besar-besaran, jarang ada rumah terbuka, jarang ada jualan dan belian besar-besaran seperti aidilfitri.

Walau apapun, umat Islam di seluruh negara tetap menyambut aidiladha walaupun sederhana. Masjid di tempat saya sembahyang hari raya tetap dipenuhi oleh para jemaah. Syukur alhamdulillah, kerana walaupun sembahyang hari raya diadakan pada pukul 7.30 pagi, masih ramai para jemaah yang hadir.

Seruan takbir bergema di pagi hari disambut oleh para jemaah yang hadir. Khutbah aidiladha berkisar terhadap erti dan perlunya pengorbanan lebih-lebih lagi pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak. Khutbah tersebut menyeru umat islam untuk menghargai pergorbanan ibu bapa mereka.

Selepas sembahyang aidiladha, umat Islam mengerjakan ibadah korban yang berterusan sehingga 13hb Zulhijjah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

No comments:

Post a Comment