Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. La illaha illallah wallahu Akbar. Allahu Akbar Walillahilhamd.
Seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam hari ini menyambut hari raya aidilfitri. Sambutan hari raya dimulakan dengan gema takbir bermula selepas sembahyang fardhu maghrib. Umat Islam beramai-ramai bertakbir di masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah persendirian untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah di atas hadiah kemenangan selepas berpuasa sebulan dalam bulan ramadan.
Pagi tadi sembahyang sunnat hari raya bermula jam 7.30 pagi. Khutbah hari raya menyentuh tentang rasa bersyukur kepada Allah di atas semua nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Janganlah kita semua lalai dengan nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada kita semua. Kita sepatutnya menjadikan pemberian nikmat ini untuk lebih bersyukur dan bertawadhu dan istiqamah dalam menjalankan suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Selepas itu, majlis sambutan hari raya pun secara rasminya bermula dengan adanya rumah-rumah terbuka bagi ahli-ahli keluarga dan sahabat handai yang jauh dan yang dekat. Cuma diingatkan jangan lah berlebih-lebihan sehingga ke tahap membazir. Kalau tidak, pelajaran selama sebulan dalam bulan ramadan itu menjadi sia-sia sahaja.
Akhirnya, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment