Wednesday, 15 September 2010

Khatam Al-Quraan



Alhamdulillah... salah satu projek keluarga kami pada tahun ini ialah membaca al-quraan semasa bulan ramadan yang lalu yang mana berakhir dengan khatam al-quraan pada 27hb Ramadan 1431 dan diserikan lagi dengan majlis berbuka puasa dan sembahyang fardhu maghrib dan isya dan tarawih berjemaah.
tempe goreng
umbut kelapa
kuih muih



sementara menunggu waktu berbuka
abang saya yang tua
khatam al-quraan
khatam al-quraan
dikir marhaban
ole-ole

Rumah terbuka

Dalam memperkatakan tentang hari raya, satu hal yang agak sinonim dengannya ialah rumah terbuka. Sekarang sudah menjadi semacam satu tradisi untuk mengadakan rumah terbuka dengan mengundang kawan-kawan dan jiran-jiran berhari raya ke rumah. Berbanding tahun-tahun 70an dan 80an, rumah terbuka bukanlah satu perkara yang lumrah. Jiran-jiran terdekat tak payah diundang jika mereka hendak berhari raya. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku sekarang ini. Kalau tak diundang, mereka seolah-olah rasa berat untuk berhari raya... Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ini. Dahulu, sewaktu zaman kanak-kanak lagi, kami bebas berkunjung ke rumah sanak saudara bersama rakan-rakan. Bukannya ada apa-apa pun yang nak dihajati. Yang pentingnya rasa seronok berhari raya. Terasa sungguh jauh bezanya berhari raya sekarang dengan zaman dahulu.

Bayangkan apakah yang bakal berlaku 10, 20, 50 tahun dari sekarang. Bagaimanakah agaknya suasana hari raya nanti.


Tuesday, 14 September 2010

Lampu Cucul

Suasana hari raya tak dapat dipisahkan daripada lampu cucul dan pelita. Dengan terciptanya tenaga elektrik dan lampu-lampu hiasan, penggunaan pelita api kurang menjadi pilihan walaupun ada sesetengah rumah masih menggunakannya untuk mengekalkan tradisi tersebut. Keselamatan yang terjamin dan mudah berbanding pelita, menjadi lampu-lampu hiasan elektrik menjadi pilihan ramai...


gambar hiasan

Apa pun, sentiasa lah berhati-hati agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh menjejaskan kemeriahan hari raya..

Selamat Hari Raya 1431H

Kini sudah masuk hari kelima, umat Islam di Negara Brunei Darussalam menyambut hari raya... Ini juga bermakna cuti hari raya sudah berakhir. Kakitangan awam dan swasta mula kembali bekerja. Sekolah pula akan mula dibuka pada 20hb September nanti. Sesetengah bank mula dibuka kelmarin......

Walau apa pun, belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua... tak kira di mana berada...

Semoga amal-amal kita disepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah S.W.T jua.

Friday, 13 August 2010

Jangan putus asa

Klip video ini ditayangkan semasa kursus Personal Development baru-baru ini.



Kalau orang seperti dia mampu bangun dan hidup mengapa tidak kita. Renung-renung dan fikirkan.

Thursday, 12 August 2010

Taman Peranginan Tasek Lama

Tasek Lama di Bandar Seri Begawan merupakan taman peranginan yang agak terkenal di negara ini. Kehijauan dan keindahan taman ini memberikan kesegaran dan rasa yang nyaman bagi para pengunjung yang berkunjung ke sana sama ada untuk bersukan atau merihatkan badan dan minda setelah sehari suntuk bekerja.

Sejak tahun 2008, Tasek Lama telah mengalami perubahan dan pembaharuan dengan penaikan taraf kemudahan dan laluan seperti trek sintetik yang mengelilingi kawasan taman dan kemudahan letak kereta yang lebih banyak dan teratur.

Disamping itu juga kehidupan flora dan fauna nya juga menarik perhatian pengunjung dengan tumbuh-tumbuhan yang menarik dan hidupan lainnya seperti ikan-ikan kecil yang hidup dalam hiliran sungai.


Pemandangan empangan tasek dari menara
Daya tarikan utama taman ini ialah air terjun tasek yang telah ujud sejak sekian lama. Menurut sejarahnya, tasek lama ini merupakan sumber bekalan air yang mula-mula digunakan di Bandar Seri Begawan kerana di sini lah terletaknya tasek air tawar yang agak luas.


Marilah kita bersama-sama menjaga keindahan dan kebersihan taman ini

Persoalan Puasa

Persoalan puasa ini diangkat daripada buku Syoknya... Puasa hasil karya Rajendra Kartawira terbitan PTS Milenia (cetakan 2006)















Buku kecil ini menjelaskan secara kajian ilmiah kewajiban manusia berpuasa dengan mengupas tentang sistem tubuh manusia dan makanan yang dimakan yang jika tidak diseimbangkan akan menyebabkan terjadi keracunan dalam tubuh manusia. Kewajiban puasa mampu menyeimbangkan tubuh manusia dengan pembuangan toksin dan penyembuhan penyakit dalam tubuh badan manusia. Dengan berpuasa manusia akan lebih segar kerana toksin yang terkumpul dan tubuh akan dikeluarkan.

.

Kurma

Alhamdulillah.... kita di negara ini merasa amat bersyukur kerana Kebawah Duli saban tahun telah bermurah hati mendermakan kurma kepada semua umat Islam di negara ini tanpa mengira keturunan dan kerakyaatan mereka. Semua ampit..... Pengagihan kurma ini dijalankan melalui ketua-ketua kampung dan penghulu-penghulu mukim.. Semoga amalan berkebajikan Kebawah Duli ini akan diterima oleh Allah SWT.


Daripada Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Apakah hikmah berbuka dengan kurma? Berikut dipetik laporan Berita Harian mengenai kelebihan berbuka dengan kurma.

Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia, organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perlu diberikan sesuatu yang lembut dan halus.
Orang berpuasa sehari suntuk, memerlukan makanan pemberi tenaga yang mudah dicerna dan diserap kedalam tubuh badan.

Antara jenis makanan yang termasuk dalam kategori tersebut ialah ruthab (kurma segar) atau tamar (kurma kering).Ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yang banyak ketika berbuka.Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa sehari menjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih.

Tarawih

Malam tadi, malam pertama umat Islam di Brunei Darussalam mengerjakan solat tarawih.... Seperti tahun-tahun sebelumnya, malam pertama solat tarawih, di mana-mana masjid akan dipenuhi dengan para jemaah yang tidak ingin melepaskan peluang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan-amalan berkebajikan dengan mengharapkan keredhaan daripada Allah semata-mata.

Disebalik keghairahan meraih peluang setahun sekali ini, terdapat juga ibu bapa yang kurang prihatin dengan membiarkan anak-anak kecil mereka bermain-main di belakang saf-saf dengan membuat bising dan hingar-bingar sehingga mengganggu mereka yang bersolat. Alangkah elok jika anak-anak tersebut dibawa bersolat ditepi mereka supaya mereka tidak membuat bising dan berlari-lari di dalam masjid.


Satu lagi perkara yang agak pelik ialah kelibat sesetengah jemaah yang beredar selepas 8 rakaat solat tarawih. Tak tau lah kemana tujuan mereka selepas itu, tetapi ini adalah peluang setahun sekali.. Janganlah disia-siakan peluang seperti ini. Satu lagi yang kurang menyenangkan ialah speed para imam yang mengimamkan solat tarawih ini... Sesetengah tempat... masya Allah, laju sangat hingga hilang keseronokan bersolat tersebut, kerana rasa terkejar-kejar dengan perbuatan imam....

 Walau apapun, diharap masjid-masjid akan sentiasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini dan seterusnya berkekalan seperti itu selapas Ramadan nanti. Jangan nanti selepas Ramadan, suasana kembali menjadi lengang dan sunyi... Saya teringat pesan seorang fasilitator kursus yang pernah saya ikuti.... 'Orang-orang Yahudi tidak akan berasa gentar terhadap umat Islam sehingga orang-orang Islam apabila jemaah solat Isya dan Subuh mereka melebihi jemaah solat Jumaat dan Hari Raya'. Renung dan fikirkan lah....


Ramadan Karim...

Sunday, 8 August 2010

Tilawah Al-Quraan Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

Tahniah diucapkan kepada qariah Brunei Darussalam, Dyg Nur Faezah Hj Emran diatas kejayaan menjadi naib johan tilawah al-quraan peringkat antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang telah diadakan pada 27hb Julai - 3hb Ogos 2010. Tahniah juga kepada qari Ak Muhammad Adibul Amin kerana mendapat tempat ke lima dalam pertandingan tersebut.

Johan qari dan qariah ialah peserta Mesir dan Pakistan. Ianya adalah satu kejutan kerana sebelum ini peserta-peserta daripada Asia Tenggara mengungguli tilawah-tilawah yang lalu.Tahniah kepada mereka yang berjaya.





Monday, 26 July 2010

Bulan Ramadan bakal tiba

Selamat bertemu kembali....

Insya Allah dalam masa lebih dua minggu lagi, bulan Ramadan akan menjelang tiba. Satu bulan yang penuh kerahmatan dan keampunan seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang mahu mengambil peluang keemasan ini.

Ayuh, apa lagi mari kita persiapkan diri kita untuk menghadapi bulan ini dengan persiapan-persiapan yang selayaknya seperti memperbanyakkan amal soleh dan kebajikan-kebajikan lain nya.



Tuesday, 19 January 2010

Musim Persekolahan

Musim persekolahan bermula lagi setelah berehat panjang sepanjang bulan Disember 2009. Di sebahagian sekolah, terutama di sekolah-sekolah swasta, pembelajaran berakhir pada awal bulan November 2009 dimana kebanyakkan sekolah tersebut sudah selesai mengadakan peperiksaan mereka dan kebanyakkan penuntut lebih suka berehat di rumah.

Tapi dengan bermulanya tahun baru 2010, suasana kembali menjadi sibuk dengan jalan-jalan dipenuhi dengan kereta dan bas-bas sekolah yang mengangkut penuntut-penuntut ke sekolah masing-masing. Suasana jalan yang sesak menuntut kesabaran dan sifat bertolak ansur kerana jika masing-masing  sudah hilang sifat sabar dan bertolak ansur, maka pasti akan berlaku kekecohan dan pertengkaran.Bukan itu yang kita mahukan dan ini sudah tentu akan menambahkan lagi kesesakan dan kekusutan.







Hujan Lebat


Selamat bersua kembali dalam blog ini setelah sekian lama menghilang. Bulan Januari kini datang lagi. Seperti tahun lalu, bulan Januari adalah bulan yang paling basah sekali. Hujan lebat yang melanda bumi Brunei menenggelami sebahagian kawasan rendah di negara ini yang mengakibatkan kerugian banyak harta benda. Jalan-jalan seperti Jangsak, Bunut, Subuk dan beberapa kawasan rendah yang lainnya ditenggelami air pada paras yang agak membahayakan. Pada hujung minggu lepas, kita semua dikejutkan dengan kematian seorang remaja berusia 15 tahun yang lemas di pantai Muara ketika mandi di perairan pantai Muara.

Pihak yang berkuasa menasihatkan orang ramai supaya akan lebih berhati-hati dalam keadaan jalan yang basah dan paras air laut yang tinggi supaya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya dan kematian akibat lemas dapat dielakkan.