Saturday, 27 December 2008

Maal Hijrah 1430

Maghrib 28hb Disember 2008 ini bermakna sudah 1430 tahun kita meraikan hijrah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari kota Makkah ke kota Madinah dalam misi untuk mengembangkan syiar Allah ke seluruh alam.

Penghijrahan yang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit dengan meninggalkan tanah kelahiran, harta demi memperjuangkan ugama. Ternyata pengorbanan tersebut dibalas oleh Allah dengan kemenangan 10 tahun kemudian dengan berkembangnya Islam ke seluruh pelusuk alam bermula dengan Madinah, seluruh jazirah Arab dan ke seluruh benua di dunia ini.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah memberikan keberkatan sepanjang tahun yang lalu dan sepanjang tahun yang baru ini.

Kita panjatkan rasa bersyukur kita kerana telah dikurniakan nikmat Iman, Islam dan Ihsan.

Salawat dan Salam kita panjatkan kepada Rasulullah kerana dengan kecekalan dan kesabaran mu, cahaya ugama Islam telah memancar ke seluruh pelusuk alam.

Thursday, 25 December 2008

Obat Hati...

Renungkan obat hati yang disampaikan oleh Opick...

1. Baca Quraan dan maknanya
2. Solat Malam
3. Berkumpul dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Zikir malam

Makanan....

Sepanjang berada di Kuching, makanan adalah salah satu topik yang menarik. Kalau ke Kuching, jangan lupa merasa laksa Sarawak yang terkenal.

Laksa Sarawak.... Sedapnya udang tu...


Tak lupa juga ikan terubuk... tapi harus berhati-hati dengan tulangnya.....



Besarnya udang.....


Daging Kambing....

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan

Kata pepatah ada mengatakan, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan.... Itu lah yang berlaku minggu lalu semasa perjalanan saya ke Kota Kuching, Sarawak. Ini adalah perjalanan pertama saya ke kota tersebut.

Sepanjang 3 hari berada di sana, banyak tempat yang dikunjungi dan banyak pengalaman yang dirasa. Walaupun cuaca kurang mengizinkan kerana hujan lebat sepanjang tiga hari tersebut, tetapi ianya tidak mengurangkan sedikit kegembiraan meneroka suasana baru ini.

ikon bandaraya Kuching...

Salah satu kediaman menarik...

Nak ikan terubuk? Murah saja

Awan mendung ...

. Suasana indah di pantai Damai

Satu lagi ikon negeri Sarawak.. Gunung Santubung

Wednesday, 17 December 2008

Kemeriahan Musim Percutian

Bulan Disember adalah merupakan bulan yang penuh dengan aktiviti sementelah lagi sekarang adalah bulan cuti persekolahan. Jadinya ramailah orang-orang yang mengambil peluang sama ada melancong keluar negeri melalui udara atau jalan darat.

Kota Kinabalu kini menjadi tumpuan pelancung daripada Brunei. Saban hari laluan ke KK melalui Kuala Lurah, Limbang, Temburong dan seterusnya KK mengalami peningkatan jumlah kenderaan. Jadinya kalau ingin ke KK, kena buat perancangan awal supaya tidak tersekat di pos-pos kawalan.

Ada yang merancang untuk bermalam di Limbang atau Temburong sebelum meneruskan perjalanan ke KK. Dengan cara ini tempoh perjalanan jauh lebih pendek berbanding jika bertolak dari Brunei ke Kuala Lurah.

Bagi siapa yang merancang untuk berjalan ke KK, pandulah dengan hati-hati.


Tuesday, 16 December 2008

Semoga Mendapat Haji Mabrur

Alhamdulillah, penerbangan rombongan jemaah haji yang pertama dan kedua Negara Brunei Darussalam telah selamat pulang daripada tanah suci pada hari Sabtu (13 Disember) dan Isnin (15 Disember).

Saya turut mendoakan semoga jemaah-jemaah haji dan hajah tersebut dikurniakan Allah dengan haji yang mabrur, yang diterima dan insya Allah tiada yang lebih baik ganjaran melainkan syurga.

Sesungguhnya ibadah haji memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit dari segi fizikal, mental, material dan emosi kerana perlu membelanjakan sejumlah perbelanjaan yang besar, meninggalkan sanak saudara, anak-anak yang mungkin masih kecil dan paling hebat meninggalkan sifat-sifat buruk dan tercela seperti tamak, dengki, marah, ujub, sombong dan sebagainya semata-mata kerana menyahut seruan Illahi. Oleh itu jangan lah dipersiakan dan dicemari peluang yang telah diberikan oleh Allah itu untuk berubah menjadi insan kamil dan kembali bersih dari dosa-dosa dan kemungkaran.

Selamat Kembali Ke tanah air dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Wednesday, 10 December 2008

Suasana Aidiladha di Brunei Darussalam

Alhamdulillah, Aidiladha disambut dengan gembira di seluruh tanahair, walaupun tak semeriah aidilfitri. Jarang kedengaran sambutan diadakan secara besar-besaran, jarang ada rumah terbuka, jarang ada jualan dan belian besar-besaran seperti aidilfitri.

Walau apapun, umat Islam di seluruh negara tetap menyambut aidiladha walaupun sederhana. Masjid di tempat saya sembahyang hari raya tetap dipenuhi oleh para jemaah. Syukur alhamdulillah, kerana walaupun sembahyang hari raya diadakan pada pukul 7.30 pagi, masih ramai para jemaah yang hadir.

Seruan takbir bergema di pagi hari disambut oleh para jemaah yang hadir. Khutbah aidiladha berkisar terhadap erti dan perlunya pengorbanan lebih-lebih lagi pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak. Khutbah tersebut menyeru umat islam untuk menghargai pergorbanan ibu bapa mereka.

Selepas sembahyang aidiladha, umat Islam mengerjakan ibadah korban yang berterusan sehingga 13hb Zulhijjah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tuesday, 2 December 2008

Hari Raya Aidiladha

Umat islam di negara ini akan menyambut hari raya aidiladha pada hari Isnin, 8hb Disember 2008. Seperti biasanya sambutan akan dimulakan dengan sembahyang sunat hari raya aidiladha di seluruh masjid, surau dan balai ibadah.

Selepas itu akan diikuti dengan upacara menyembelih korban yang mana mempunyai pelbagai fadilat...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini dan seluruh dunia amnya.

Sunday, 23 November 2008

Pantai Muara

Sudah sekian lama juga tidak berkunjung ke Pantai Muara. Jadinya petang tadi kami sekeluarga sepakat untuk berkelah ke sana.



Anak-anak begitu gembira sekali... maklum sudah lama tidak ke sana. Sebelum bertolak, masing-masing sudah membuat persediaan dengan pakaian tambahan dan tuala mandi kerana mereka merancang untuk mandi di pantai.

Laluan masuk ke pantai tersebut tersekat kerana pengunjung-pengunjung meletakkan kereta mereka dikedua tepi jalan masuk menyebabkan laluan dua hala menjadi satu hala dan menyukarkan kereta untuk keluar dan masuk ke kawasan tersebut. Lagi satu tabiat orang-orang kita yang sukar untuk diubah.

Setelah meletak kereta, anak-anak begitu teruja untuk terus mandi. Cuaca juga begitu redup dan mengizinkan petang tadi. Jadinya anak-anak boleh bermain di pantai dengan cuaca yang nyaman dan segar. Di sekitar pantai tersebut ramai juga pengunjung yang datang. Lebih-lebih lagi hari minggu dan cuti persekolahan juga sudah agak dekat. Ada yang sekadar membawa anak-anak bermain di taman permainan dan ada juga yang berkeluarga besar mengadakan barbeque sambil bermain bola dan layang-layang.

Tiba masa untuk pulang.... Sebelum pulang, kami membersihkan diri terlebih dahulu. Lagi satu suasana yang menyedihkan. Terdapat kurang kemudahan untuk membersihkan badan seperti paip mandi dan bau daripada tandas yang kurang menyenangkan. Sayang sekali... kerana persekitaran pantai yang cukup indah itu tidak begitu terpelihara terutama sekali tandas dan bilik persalinan. Semua pihak seharusnya sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan demi kebaikan dan kemudahan pengunjung-pengunjung yang memerlukannya.

Satu hal lagi yang dikesalkan ialah terdapatnya sikap segolongan pengunjung yang membiarkan sampah sarap berselerak tanpa ada rasa sosial untuk membuangnya dalam tong sampah yang disediakan.

Sayangi pantai kita....

Saturday, 22 November 2008

Pesta Melawat Sabah

Saya berada di Mall tengahari tadi dan berkesempatan menyaksikan Pesta Melawat Sabah 2008 yang diadakan di lantai bawah the Mall, Gadong.





Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan muzik tradisional Sabah disamping pameran daripada beberapa agen pelancungan dari Sabah dan hasil kraftangan.







Friday, 21 November 2008

Hujan.....

Hujan.. hujan... hujan....

Ada yang suka, ada yang kurang senang malah mengeluh bila hujan turun... Walau apa pun, suka atau tidak, semuanya datang daripada Allah. Sesungguhnya, Allah yang menjadikan nya, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk semua makhluknya.

Allah jadikan hujan untuk menyuburkan tanam-tanaman, untuk menjadi minuman kepada makhluknya dan untuk memenuhkan tasik-tasik yang menjadi takungan air dan mengalirkan sungai-sungai yang sejuk dan segar.

hujan... hujan... hujan

Sesungguhnya kadang-kadang apa yang kita tidak suka, mungkin itu yang lebih baik menurut Allah. Apa yang kita suka, mungkin tidak disukai oleh Allah.

Apapun, bersyukurlah dengan pemberian Allah... kerana berapa banyak tempat yang tandus, kering yang tidak menerima air hujan dan mereka sanggup membayar harga yang mahal untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Air bagi mereka, ternyata lebih berharga.

Jimatkan air dan gunakan dengan bijaksana....

Khutbah Jumaat... bising...

Satu perkara yang menarik perhatian saya pada tengahari tadi semasa sembahyang jumaat ialah suasana bising ketika khatib sedang menyampaikan khutbah jumaat di masjid tempat saya sembahyang jumaat. Yang lebih memalukan lagi ianya dilakukan oleh orang-orang dewasa yang sepatutnya sudah memahami nasihat bilal yang menyeru supaya semua jemaah tidak bercakap-cakap ketika khatib sudah berada di atas mimbar. Malangnya nasihat tersebut seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kejadian seperti ini bukan berlaku di masjid tempat saya sembahyang tadi, tapi mungkin di masjid-masjid yang lain juga. Perkara ini sudah banyak disentuh dan pernah dikhutbahkan sebelum ini.... Di mana silapnya. Kalau perbuatan ini dibuat oleh kanak-kanak, rasanya masih lagi boleh dimaafkan kerana mereka mungkin kurang mengerti... maklum sahaja, mereka dengan tabiat mereka... Tapi ini orang dewasa... Bukan lama pun, sekitar 20 minit sahaja kita diperlukan mendiamkan diri sebelum sembahyang jumaat didirikan.

Gunakan lah kesempatan yang ada pada hari jumaat ini yang cuma datang seminggu sekali... ditakuti kita terlepas daripada mendapatkan fadilat hari jumaat yang banyak itu.... Ya Allah, panjangkan lah umurku untuk dapat bertemu dengan hari jumaat yang akan datang.


gambar hiasan....

Memelihara Diri...

Khutbah jumaat tengahari tadi menyentuh perihal pentingnya kita memelihara diri daripada kerosakan. Khutbah tersebut secara khusus menyentuh tentang kemalangan jalan raya. Apa yang akan terjadi jika kita terlibat dalam kemalangan, bagaimana dengan ahli-ahli keluarga kita dan mangsa-mangsa yang lain.

Jika kita selak akhbar-akhbar, banyak berita-berita yang berkisar dengan kemalangan-kemalangan jalan raya yang melibatkan kerosakan kereta, harta benda awam dan lebih tragis lagi kehilangan nyawa. Contohnya semasa hari raya yang baru lalu, di mana kita seharusnya bergembira bukan berduka dengan kehilangan ahli keluarga kita. Mungkin ada orang mengatakan ini sudah takdir, tapi dengan usaha dan ikhtiar, walaupun mungkin ajal kita, kita boleh mengelakkan takdir yang kurang menyenangkan itu. Jadikan jalan raya itu sebagai alat penghubung bagi kita untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jangan kerana gara-gara untuk cepat sampai, kita mengabaikan peraturan dan keselamatan orang lain.

Pandu dengan cermat dan mengikut peraturan.


gambar hiasan.....

Tuesday, 18 November 2008

Peperiksaan... Jalan Lengang... Cuti Sekolah

Jika awda masih menghantar anak-anak ke sekolah pada waktu pagi di sekitar Bandar Seri Begawan, terasa suasana yang agak berbeza daripada bulan-bulan sebelumnya. Jalan raya agak lengang dan jumlah kereta juga agak berkurangan.

Ini adalah kerana musim peperiksaan bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Bawah (PMB) dan 'O' Level and 'A' Level. Jadinya jumlah penuntut sedikit berkurangan kerana yang tinggal cuma penuntut-penuntut Menengah 1,2 dan 4. Waktu mengambil anak-anak di tengahari juga agak senang sedikit kerana jumlah kenderaan yang berkurangan.

Sekarang ini pun peperiksaan penggal akhir juga kebanyakkannya sudah selesai dan penuntut-penuntut cuma mengikuti aktiviti-aktiviti kegiatan luar sekolah seperti sukan, lawatan dan sebagainya. Bagi anak-anak yang telah berusaha sepanjang tahun dalam bidang akademik dan ECA, didoakan akan memperolehi kejayaan yang mereka cari. Bagi yang cuma cukup-cukup makan sahaja, jangan biarkan diri di takuk lama. Tingkatkan lagi usaha. Study smart not just hard.

Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi cuti penggal akhir akan bermula. Sepanjang cuti selama sebulan itu nanti, akan ada saja aktiviti yang dibuat oleh anggota keluarga masing-masing seperti membawa anak-anak berkelah, mengunjungi sanak saudara yang tinggal berjauhan di daerah lain dan bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada minggu kedua bulan Disember nanti.

Dalam keseronokan menyambut cuti persekolahan ini, ibu bapa diseru supaya memata-matai anak masing-masing dan mengisi masa lapang tersebut dengan kegiatan-kegiatan yang berfaedah bersama keluarga. Gunakan lah peluang yang ada ini untuk lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selamat bercuti dan bersemangat untuk menghadapi persekolahan bagi tahun yang akan datang.

Keputusan PSR 2008

Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak yang lulus dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah 2008 yang telah diadakan pada bulan Oktober yang lalu. Keputusan PSR diumumkan pada hari Sabtu 15hb November. Bagi anak-anak yang memperolehi kejayaan yang cemerlang, diharap akan terus mengekalkan usaha mereka apabila berada di tingkatan satu nanti. Kepada anak-anak yang kurang berjaya diharap akan dapat berusaha lebih gigih lagi. Anggaplah kegagalan ini sebagai satu dorongan untuk anak-anak lebih berjaya dimasa akan datang. Apa yang penting ialah kefahaman terhadap apa yang dipelajari oleh guru-guru di sekolah anak-anak. Jika ada sesuatu yang kurang difahami, janganlah merasa takut untuk bertanya kepada guru anak-anak, kerana guru-guru tersebut ditugaskan untuk mendidik anak-anak dan mereka juga ingin melihat kejayaan anak-anak semua.

Walau apapun, ibu bapa juga berperanan penting dalam memastikan anak-anak mengikuti satu disiplin pengajian di rumah yang memberikan banyak ruang kepada anak-anak untuk belajar dan bertanya apa juga pelajaran yang kurang mereka fahami. Dalam satu buku yang pernah saya baca, anak-anak harus ditanamkan rasa suka dan minat kepada apa yang dipelajarinya kerana dengan minat dan kesukaan tersebut akan timbul keinginan untuk belajar. Luangkan sedikit masa biskita untuk bersama anak-anak mentelaah atau membuat kerja rumah mereka. Seperkara lagi ialah melakukan latihan ulangkaji apa-apa juga yang dipelajari. Practice makes perfect.

Tahniah….

Sunday, 16 November 2008

Kapal Belia 2008 meninggalkan Brunei Darussalam...

Nippon Maru yang singgah berlabuh di Negara Brunei Darussalam daripada 6hb-9hb November 2008 belayar meninggalkan negara kita menuju destinasi seterusnya, Jakarta Indonesia pada petang 9hb November 2008 dengan membawa seribu kenangan dan peristiwa kepada peserta-peserta kapal belia daripada 10 buah negara ASEAN dan Jepun itu.

Biasanya pada setiap berakhirnya program di setiap negara yang disinggahi, suasana akan lebih mengharukan kerana belum pun lama mengenali keluarga angkat masing-masing, kini sudah tiba masanya untuk berpisah. Sebagai bekas peserta kapal belia, saya dapat merasakan kesedihan yang dirasakan setiap kali harus berpisah dengan keluarga angkat masing-masing.

Semoga ikatan yang telah dibina diantara peserta-peserta kapal belia tersebut dengan keluarga angkat masing-masing akan terjalin kukuh dan berkekalan sampai bila-bila. Biarlah tempoh program keluarga angkat selama 3 hari 2 malam itu akan menjadi jambatan yang kukuh ke arah perpaduan yang erat, kerukunan dan kedamaian.

Selamat Belayar Nippon Maru.

Lain Yang Dicari......

Pagi tadi kami sekeluarga merancang untuk pergi menghadiri Pesta Buah-buahan di Kampong Menengah. Kami bertolak sekitar jam 10.00 pagi dan tiba di daerah Tutong kira-kira 30 minit kemudian melalui Jalan Tutong dan menyimpang ke Jalan Lamunin.

Oleh kerana ini pertama kali ingin ke Kampong Menengah, kami tersasar kerana mengharapkan akan ada tanda jalan yang menunjukkan arah Kampong Menengah. Tapi kami tak ternampak pun sebarang tanda Kampong Menengah. Kami tersasar menuju Kampong Rambai setelah simpang empat di Kampong Lamunin. Mengingatkan Kampong Menengah mungkin selepas Kampong Rambai, kami pun terus saja mengikuti jalan tersebut. Tak jumpa lagi Kampong Menengah....



Tanda jalan menuju Tasik Merimbun....

Akhirnya kami sampai ke Kampong Merimbun. Oleh kerana ini pertama kali sampai ke sana, kami pun teruskan saja perjalanan yang membawa ke Tasik Merimbun yang terkenal dengan keindahan alamnya. Memang benar... seperti yang selalu disaksikan di kaca tv dan gambar-gambar sebelum ini. Keindahan alamnya cukup mempersona dengan dikelilingi oleh tumbuhan yang menghijau, air tasik yang tenang dan bunyi burung-burung yang berkicauan. Sungguh satu pengalaman yang mengasyikkan. Lain yang dihajati, lain pula yang ditemui....




Bak kata orang, alang-alang sudah sampai di sana, kita nikmati saja keindahan alam pemberian Allah ini. Kami singgah di Taman Warisan Asean Tasik Merimbun yang memuatkan fakta-fakta bersejarah dan menarik mengenai tasik tersebut seperti tumbuhan dan juga haiwan yang tinggal di sekitarnya. Tak ramai orang yang singgah di sana. Adalah 5-6 orang penunjung sebelum kami yang singgah pada hari tersebut. Kami disambut mesra oleh petugas di sana.. Sebelum berlepas saya sempat merakamkan beberapa pemandangan pohon-pohon yang menghijau.


...Papan tanda dipintu masuk dan layanan mesra petugas-petugas di Taman Warisan Asean ....

Dari Tasik Merimbun kami beredar pula ke jalan menuju Kampong Long Mayan. Di beberapa tempat kami terpandang beberapa bendang sawah padi yang baru mula ditanam. Walau pun kampong ini agak jauh di pedalaman, kebajikan dan hal ehwal mereka tetap diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan seperti kemudahan jalan raya yang baik, bekalan api elektrik, telefon dan air.

Disepanjang jalan ada saja gerai-gerai kecil yang didirikan untuk menjual buah-buahan. Salah satu yang kami sempat singgahi ialah gerai yang menjual buah rambutan di Kampong Rambai. Kami sempat bertanya pada penjual rambutan tersebut arah menuju Kampong Menengah.



Kami akhirnya sampai juga ke destinasi yang kami hajati. Tetapi cuaca agak tidak mengizinkan kerana hujan turun ketika kami sampai ke sana dan jalan menuju Pesta tersebut agak becak dan licin. Tidak banyak buah-buahan yang dijual. Mungkin sudah banyak dibeli oleh pengunjung yang datang awal sebelum kami. Walau bagaimana pun kami sempat membeli buah mata kucing dan langsat sebelum memutuskan untuk pulang... Walau pun tak dapat apa yang dihajati, tetapi kami kembali dengan satu kepuasan... menerokai tempat yang belum pernah kami kunjungi. Insya Allah jika keadaan mengizinkan, kami pasti akan kembali ke Tasik Merimbun lagi. Kali ini mungkin lebih bersedia......


Saturday, 15 November 2008

Musim Buah....

Negara kita sekarang berada dalam musim buah. Di mana-mana terdapat pelbagai jenis buah-buah dijual, di gerai-gerai, pasar malam, di tepi-tepi jalan dan orang-orang persendirian yang mempunyai pelanggan mereka masing-masing.

Antara buah-buah yang cukup popular dijual ialah rambutan, durian, mata kuching, tibadak dan kembayau.



Harga yang ditawarkan juga cukup menarik. Jadinya bagi mereka yang suka makan buah-buahan, jangan lepaskan peluang ini. Di kawasan kampong yang agak jauh daripada bandar seperti Kg Junjungan, Masin dan Limau Manis, terdapat deretan pokok buah-buahan yang berbuah lebat yang cuma menanti untuk dipetik.

Ianya mengingatkan saya ketika masih kecil dahulu dimana di sekitar rumah terdapat berbagai jenis pokok buah-buahan dan apabila tiba musim buah, kami lah yang selalu sibuk memetiknya untuk dijual. Tetapi itu semua cuma tinggal kenangan....

Siri Ceramah Mufti

Pagi tadi, rangkaian Nur Islam menyiarkan lagi rakaman siri ceramah Mufti Kerajaan Brunei sebagai sambungan daripada ceramah YB Pehin mengenai dengan fadilah membaca ayat-ayat suci Al-Quraan. Sehari sebelumnya YB Pehin menyentuh mengenai dengan fadilah membaca Surah An-Nas.

Kali ini YB Pehin menyentuh mengenai dengan kelebihan membaca ayat 128-129 daripada surah At-Taubah yang mengisahkan tentang seorang sahabat yang telah diberikan kemuliaan oleh Allah dengan syurga berkat kesungguhannya mengamalkan ayat-ayat tersebut sejak lebih 80 tahun usianya disamping amalan-amalan wajib yang telah diperintahkan oleh Allah kepada sahabat tersebut.Tahniah YB Pehin di atas usaha-usaha YB Pehin untuk menyebar-luaskan lagi syiar Islam di bumi bertuah Brunei Darussalam ini. Cuma harapan saya jika ceramah-ceramah YB Pehin ini dapat dirakam kedalam media CD dan orang ramai boleh mendapatkannya ataupun membelinya.

Setuju tak dengan cadangan ini...???

Friday, 14 November 2008

Doa....

Khutbah Jumaat tengahari tadi memperkatakan tentang doa... Betapa pentingnya berdoa sehingga dikatakan bahawa sesiapa yang tidak mengendahkan untuk berdoa kepada Allah sebagai orang-orang sombong terhadap Allah.

Khutbah tersebut juga memperkatakan tentang kaitan doa dengan sumber rezeki. Sumber rezeki yang halal dan bersih adalah antara syarat bagi doa diterima oleh Allah. Marilah kita berusaha sebaik mungkin untuk mempastikan rezeki yang kita terima dan kita hidangkan kepada ahli keluarga kita adalah halal dan bersih semoga hati kita menjadi bersih dan dengan itu lebih mudah lah doa kita diterima. Juga disebutkan saat-saat atau waktu yang mustajab berdoa antaranya semasa bersujud, di bulan Ramadan, Hari Raya.

Oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan doa dan permohonan kepada Allah sebagai tanda bahawa kita ini sebagai hamba yang lemah yang memerlukan pertolongan dan bantuan daripadaNya.

Fotografi

Minat untuk aktif semula dengan fotografi timbul setelah melihat ramai rakan-rakan sekerja dengan kamera digital SLR masing-masing dan mempunyai fotoblog. Waktu mula-mula menimbangkan jenama mana yang harus saya dapatkan, ramai juga rakan-rakan mencadangkan jenama seperti Nikon dan Canon. Tapi saya lebih tertarik dengan jenama Nikon kerana semasa zaman kamera analog dulu pun, saya sudah menggunakan jenama Nikon. Jadinya sudah terbiasa dengan kamera jenama tersebut.

Akhirnya saya mendapatkan kamera Nikon D80 (terpakai) yang dibeli daripada kawan rakan sepejabat saya. Semasa belayar ke Singapura baru-baru ini, saya membeli buku Digital Field Guide Nikon D80. Melalui buku ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak tips and panduan untuk meningkatkan lagi kefahaman saya mengenai fotografi. Dipaparkan sebahagian daripada gambar yang saya ambil. Jika terdapat komen, dipersilakan.....



... buku D80 field guide


pedas ni...


gambar diambil daripada beranda rumah

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Alhamdulillah, penerbangan pertama bakal jemaah haji daripada Negara Brunei Darussalam telah berlepas menuju tanah suci pada pagi kelmarin (13hb Nov 2008).

Saya turut mendoakan semoga mereka akan beroleh haji yang mabrur disamping menjaga keolahan dan mengamalkan sikap yang baik kerana mereka bakal berhadapan dengan pelbagai karenah dan "ulah-ulah" yang mungkin membangkitkan rasa tidak senang dan ketidak puasan hati.

Perbanyakkan lah bersabar kerana tujuan kesana adalah untuk memenuhi undangan Allah dan sebagai tetamu semestinyalah mengekalkan adab-adab selaku tetamu. Takkan lah nak berbuat perkara-perkara yang kurang elok dengan tuan rumah....betul tak?

Friday, 7 November 2008

Musim Haji menjelang lagi


Bulan Zulhijjah kembali lagi....

Alhamdulillah bermula 13hb November ini, para bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam akan mula meninggalkan negara menuju ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Para bakal jemaaah haji di negara ini sesungguhnya bertuah kerana Kerajaan Kebawah Duli Maha Mulia melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama memberikan perhatian yang khusus mengenai pengetahuan dan ilmu mengenai haji supaya mereka dapat mengerjakan ibadah tersebut dengan baik dan teratur menurut syariat dan peraturan.

Beruntunglah mereka yang akan berangkat ke tanah suci menyahut panggilan Allah. Bagi yang belum berpeluang ke sana, tanamkan niat untuk satu hari nanti akan berkunjung ke sana sebagai tetamu Allah yang dimuliakan.


Selamat Datang Nippon Maru


Nippon Maru membawa lebih 350 orang belia daripada 10 negara ASEAN dan Jepun kini sedang berada di Negara Brunei Darussalam. Kapal tersebut akan berlabuh di negara ini selama 4 hari bermula 6hb - 9hb November 2008.

Selama berada di negara ini, para peserta kapal belia asia tenggara tersebut berpeluang untuk mengetahui dan merasakan sendiri kehidupan, kebudayaan dan suasana di negara ini. Semalam sebahagian mereka telah mengadakan lawatan ke Pusat Ehsan dan Mukim Tamoi di Kampong Ayer. Hari ini para peserta mengikuti program keluarga angkat yang membolehkan mereka tinggal bersama keluarga-keluarga angkat di negara ini.

Setiap kali Nippon Maru berlabuh di negara ini, sudah pasti akan membawa kenangan yang manis bagi saya sendiri kerana saya adalah salah seorang peserta kapal belia tersebut pada tahun 1991... Kalau dulu peserta-pesertanya cuma daripada 6 buah negara ASEAN (Brunei Darussalam, Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Thailand) dan Jepun dan kapal tersebut singgah di kesemua negara-negara ASEAN sebelum destinasi terakhirnya di Tokyo, Jepun..

Selamat Datang Nippon Maru...

Wednesday, 5 November 2008

Konvokesyen UBD

Tahniah kepada anak kemenakan saya Mohd Fathul Hakeem di atas kejayaan mendapatkan diploma pendidikan daripada Universiti Brunei Darussalam pada 30hb Oktober 2008.

Mohd Fathul kini ditugaskan di Sekolah Rendah Puni, Temburong sejak 1hb November 2008. Diharapkan semoga bertugas dengan penuh dedikasi demi mendidik anak bangsa menjadi orang-orang yang berjaya dan berguna kepada negara.

Friday, 17 October 2008

Aidilfitri di sana sini

Selamat bertemu kembali setelah sekian lama tidak bersua.

Alhamdulillah.... kini sudah masuk hari ke 16 aidilfitri disambut di negara ini. Suasana aidilfitri masih dapat dirasakan di sana sini. Rumah-rumah terbuka masih lagi diadakan oleh umat Islam untuk menjamu ahli-ahli keluarga, rakan-rakan dan sahabat-sahabat dari pelbagai kaum dan agama.

Sambutan hari raya juga turut diraikan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dengan sambutan-sambutan untuk kakitangan dan pelanggan-pelanggan mereka.

Saya dan keluarga pun baru pulang daripada menghadiri satu majlis rumah terbuka. Walaupun hujan renyai-renyai, tapi ini tidak menghalang kemeriahan sambutan. 

Petang tadi pun saya menerima jemputan melalui SMS untuk rumah terbuka.... Belum pasti lagi sama ada dapat berkunjung atau tidak. Kita tunggu lah nanti.

Sampai jumpa lagi...... 

 

Thursday, 2 October 2008

Rumah Terbuka


Had a busy day today. After the eid prayers, members of the family started arriving and after exchanging pardons, we had our main meal of rice, lamb chop, chicken and prawn. It was in-deed an enjoyable annual eid get together.

In the afternoon, went to my wife's family house to visit my in-laws. Wow! What a crowd that gathered when we arrived. There were the cousins in their numbers, the uncles and aunts, the brothers and sisters in-law, the nephews and the nieces. Drinks were flowing, cakes were served and consumed. It was an enjoyabe outing especially for my children, meeting all the people as well as collecting green packets during the house visits. And not to forget, more rice, plenty of beef and chicken.  Even the rain could not hamper the fun. Such were the free spirits among children which we as adults seems to forget that we once have as we grow older.

We were all so knackered when we got home and barely had the energy left as I write this piece... Well nighty night... Will write again tomorrow.   

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. La illaha illallah wallahu Akbar. Allahu Akbar Walillahilhamd.

Seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam hari ini menyambut hari raya aidilfitri. Sambutan hari raya dimulakan dengan gema takbir bermula selepas sembahyang fardhu maghrib. Umat Islam beramai-ramai bertakbir di masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah persendirian untuk menyatakan rasa syukur kepada Allah di atas hadiah kemenangan selepas berpuasa sebulan dalam bulan ramadan.

Pagi tadi sembahyang sunnat hari raya bermula jam 7.30 pagi. Khutbah hari raya menyentuh tentang rasa bersyukur kepada Allah di atas semua nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Janganlah kita semua lalai dengan nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada kita semua. Kita sepatutnya menjadikan pemberian nikmat ini untuk lebih bersyukur dan bertawadhu dan istiqamah dalam menjalankan suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

Selepas itu, majlis sambutan hari raya pun secara rasminya bermula dengan adanya rumah-rumah terbuka bagi ahli-ahli keluarga dan sahabat handai yang jauh dan yang dekat. Cuma diingatkan jangan lah berlebih-lebihan sehingga ke tahap membazir. Kalau tidak, pelajaran selama sebulan dalam bulan ramadan itu menjadi sia-sia sahaja.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.

Wednesday, 1 October 2008

Esok Hari Raya......

Brunei Darussalam berhari raya esok (2hb Oktober 2008). Pengumuman yang dibuat semalam melalui Radio dan Televisyen menetapkan 1 Syawal pada 2hb Oktober 2008 ekoran tidak kelihatannya anak bulan Syawal. Anak-anak berdebar-debar mendengarkan pengumuman tersebut. Masing-masing teruja.

Alhamdulillah, walaupun belum raya... Allah memberi kesempatan kepada kita untuk berpuasa satu hari lagi.. Setiap sesuatu itu terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Bagi yang belum membayar zakat fitrah... masih ada peluang hari ini dan esok pagi sebelum sembahyang hari raya... jangan tangguh-tangguhkan lagi... raya, raya juga, fitrah jangan lupa..

Tarawih semalam agak lengang.... Di masjid tempat saya solat Isya dan Tarawih tinggal satu saf setengah saja. Lepas 8 rakaat tarawih semakin sedikit jemaah yang tinggal.

Ya Allah, terimalah amal-amal kami sepanjang bulan ramadan ini dan peliharlahlah kami dalam berkekalan mengerjakan suruhan Mu. Panjangkan lah umur kami sehingga bertemu Ramadan yang akan datang. Amin... Amin... Ya Rabbal 'alamin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin....

Sampah... sampah... dan sampah

Baru-baru ini saya berkesempatan bersama keluarga menziarah tanah perkuburan di kampung untuk sama-sama membersihkan kubur ayah saya dan ahli-ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.... tapi yang sedihnya.... di tepi-tepi tanah perkuburan tersebut, terdapat sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung berselerak. Dimanakah rasa kasih sayang mereka kepada ahli-ahli keluarga mereka? Kenapakah sampah-sampah seperti botol-botol plastik dibiarkan disana... tak perasankah mereka... bahawa jika rumah-rumah mereka dikunjungi dan kemudian setelah mereka pulang, sampah sarap dibiarkan berselerak di halaman rumah mereka, tentu sekali mereka akan marah... begitulah juga halnya dengan tanah-tanah perkuburan. Seharusnya kita kekalkan kebersihannya... Kan kah agama Islam itu menganjurkan kebersihan sepanjang masa. Jadinya amalkan lah kebersihan itu walau di mana jua pun.. buanglah perangai-perangai yang kurang elok tersebut dan tanamkan lah sifat-sifat yang baik dan terpuji... Ramadan Karim.....