Tuesday, 14 March 2023

Ramadan is coming soon

 Alhamdulillah, kita semua berkesempatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan 1444 pada tahun ini. In sha Allah, anak bulan Ramadan akan ditentukan pada 22hb Mac 2023 melalui penglihatan anak bulan di beberapa tempat di seluruh negara. Marhaban ya Ramadan


(665) Shahrizan Masri - Bulan Kerinduan - YouTube

Monday, 3 August 2020

30 years of long agonising wait is finally over

King of English Football 2019/2020

The picture says it all. 30 years of near misses and unfulfilled hopes, Liverpool has finally delivered. The 2019/2020 EPL season belonged to Liverpool FC. 18 points ahead of the first runner up. 99 points in total. Clinched the title with 7 games remaining are among the achievements of this remarkable Liverpool FC team. A lot has been said about this team, the passion, the hunger and the team spirit.

A big CONGRATULATIONS to everyone involved in this journey.

Saturday, 11 January 2020

A look back from 2019 to 2012

At the personal level, there were a lot of things happening to me and the family too. 


In 2019, our eldest child, Siti Nor Fasihah tied the knot with her husband Mohammad Aisamuddin after a one year engagement with the solemnisation taking place on 17th November 2019 and the reception a week after.

Engagement


 

Solemnisation (Nikah)



Wedding Reception
the bride and groom at the reception

The family wishes our daughter and her husband to live happily ever after till Jannah. Aamiin
 

Tahun 2020

We are now in the 20th year of the new millenium. A lot of things have happened during the last 20 years. Our country Brunei Darussalam will be celebrating her 36th national day celebration since gaining its sovereignty in 1984. 


Part of the Golden Jubilee celebration was the official unveiling of the Kampong Ayer bridge connecting the capital with the Sungai Kebun area, thus cutting travelling time for residence across the bridge.

Soon, the new Temburong bridge connecting for the first time, the whole of Brunei via land transportation will be opened to the public. This massive project is expected to improve the economic and social development in the Temburong district. 

May Allah guide our country, our leaders and our people to prosperity, well being and forever be a sovereign country. 


credit to the Scoop and Nazrin Shah (via youtube)

Tuesday, 14 August 2012

Kad Ucapan Hari Raya

Kad Hari Raya.....ke mana menghilangnya?

gambar hiasan

Tahun-tahun sebelum era emel dan SMS, kad ucapan hari raya merupakan medium utama untuk mengucapkan selamat hari raya buat pengganti diri kepada rakan-rakan dan sahabat.

Berbagai bentuk dan rekaan terdapat di pasaran. Kebanyakkannya menggambarkan keindahan alam seperti bunga, masjid, sawah padi, ketupat dan ada juga dalam bentuk kartun. Awal sebelum kad hari raya yang bercetak, kad-kad hari raya biasanya menggunakan imaginasi pelukis dan disimpan gambar-gambar peribadi yang kemudiannya dipotrekkan dikedai-kedai gambar sebelum dikirimkan kepada rakan-rakan dan sahabat.

Tetapi dengan adanya teknologi moden, perisian komputer yang canggih seperti photoshop dan aplikasi komputer seperti facebook, twitter, sms dan mms, pengiriman kad hari raya semakin dilupakan dan tidak mustahil suatu hari nanti akan hilang berkubur tanpa bekas.Sewaktu dahulu, kehadiran posmen ke rumah memang sangat ditunggu-tungggu kalau-kalau ada kad hari raya yang dikirimkan. Kalau ada, memang seronok sangat-sangat.
 

Ziarah ke tanah perkuburan






Pagi hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga berhimpun di tanah perkuburan orang-orang Islam di Sungai Karung, Kg Beribi untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa dan kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita semua akan kembali.

Hanya kepada Mu ya Allah tempat kami memohonkan keampunan bagi kedua ibu bapa kami dan kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi dan berdoa semoga roh-roh mereka di tempatkan bersama roh-roh kaum muslimin dan muslimat yang diterima amal mereka.

  

Rezeki Halal

Di petik daripada buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif karya Tengku Asmadi, Ph.D

Beberapa tahun dahulu, seorang bapa yang mempunyai lima orang anak membuat keputusan memasukkan dua orang anaknya yang terakhir ke program Motivasi Alihan Pelajar yang saya jalankan. Beliau menceritakan, dua orang anak bungsunya ini tidak seperti abang dan kakak mereka. Katanya sekarang anak-anak pertama hingga ketiga semuanya berada di universiti dan berjaya. Mereka juga cukup menjadi solat, mendengar nasihat, baik akhlak dan pekertinya. Tetapi dua anaknya yang terakhir ini cukup memeningkan. Mereka juga terlibat dengan rakan-rakan yang negatif dan melibatkan diri dengan aktiviti melepak, merokok, merempit dan sebagainya.

Lalu saya terfikir, mungkin pendekatan yang digunakan oleh bapa ini dengan anak-anak bungsunya berbeza. Mungkin mereka dimanjakan lebih daripada kakak dan abang. Mungkin ketegasan bapa tidak seperti kepada tiga anak yang pertama. Namun katanya semua itu tidak benar. Katanya, sejak dahulu sehingga sekarang, pendekatannya dengan anak-anak tidak berubah.

Akhirnya, saya bertanya bagaimana pula dengan sumber makanan yang diberikan kepada anak-anak. Mungkin datang daripada sumber yang meragukan. Ketika itu wajah bapa itu berubah dan dia terdiam. Lalu dia bersuara dengan nada perlahan. "Betul tuan, saya silap. Dahulu waktu mula-mula bekerja, saya cukup anti apabila rakan-rakan menerima rasuah. Tetapi, selepas sepuluh tahun bekerja di situ dan dikelilingi oleh mereka yang biasa menerima rasuah, akhirnya saya terlibat sama. Itulah rezeki yang saya berikan pada anak-anak saya ini. Lebih-lebih lagi, dua anak yang terakhir ini sejak lahir hingga sekarang mereka disuap dengan rezeki yang haram". Wajahnya sugul, kesal dan serba salah. Saya sarankan kepadanya untuk melakukan solat taubah, solat hajat dan ubah sikapnya yang suka menerima rasuah itu. Tuhan itu maha penyanyang. Jika kita benar-benar insaf dan menyesal, maka Tuhan tentu menerima taubat hambanya. Tidak berapa lama selepas itu, si bapa itu menelefon saya dan menceritakan yang dia sudah nampak perubahan positif dalam diri anak-anak.

Demikiannya secebis kisah yang sangat berguna sebagai pengajaran bagi kita selaku ibu bapa untuk mempastikan rezeki yang kita berikan kepada anak-anak kita adalah bersumber daripada yang halal dan baik. Disamping itu kita kena tingkatkan lagi ibadah kita dan jangan berputus asa dalam mendidik anak-anak kerana seperti yang pernah disarankan oleh Dr Fadzilah Kamsah, kerana jika kita putus asa ada makhluk yang suka dan lebih mudahlah usaha dia, tak lain tak bukan ialah iblis. Iblis memang tak pernah putus asa dalam menggoda anak Adam supaya mengikut jejak langkahnya. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha semoga Allah akan memberikan kekuatan dan semangat untuk mendidik anak-anak kita ke jalan yang baik dan diredhai. Amin