Tuesday, 19 January 2010

Musim Persekolahan

Musim persekolahan bermula lagi setelah berehat panjang sepanjang bulan Disember 2009. Di sebahagian sekolah, terutama di sekolah-sekolah swasta, pembelajaran berakhir pada awal bulan November 2009 dimana kebanyakkan sekolah tersebut sudah selesai mengadakan peperiksaan mereka dan kebanyakkan penuntut lebih suka berehat di rumah.

Tapi dengan bermulanya tahun baru 2010, suasana kembali menjadi sibuk dengan jalan-jalan dipenuhi dengan kereta dan bas-bas sekolah yang mengangkut penuntut-penuntut ke sekolah masing-masing. Suasana jalan yang sesak menuntut kesabaran dan sifat bertolak ansur kerana jika masing-masing  sudah hilang sifat sabar dan bertolak ansur, maka pasti akan berlaku kekecohan dan pertengkaran.Bukan itu yang kita mahukan dan ini sudah tentu akan menambahkan lagi kesesakan dan kekusutan.







Hujan Lebat


Selamat bersua kembali dalam blog ini setelah sekian lama menghilang. Bulan Januari kini datang lagi. Seperti tahun lalu, bulan Januari adalah bulan yang paling basah sekali. Hujan lebat yang melanda bumi Brunei menenggelami sebahagian kawasan rendah di negara ini yang mengakibatkan kerugian banyak harta benda. Jalan-jalan seperti Jangsak, Bunut, Subuk dan beberapa kawasan rendah yang lainnya ditenggelami air pada paras yang agak membahayakan. Pada hujung minggu lepas, kita semua dikejutkan dengan kematian seorang remaja berusia 15 tahun yang lemas di pantai Muara ketika mandi di perairan pantai Muara.

Pihak yang berkuasa menasihatkan orang ramai supaya akan lebih berhati-hati dalam keadaan jalan yang basah dan paras air laut yang tinggi supaya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya dan kematian akibat lemas dapat dielakkan.