Wednesday, 25 March 2009

Makanan Halal, Shanghai

Sepanjang berada di Shanghai, makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak restoran halal masakan pelbagai kaum di China. Sebelum bertolak ke Shanghai, saya sempat melayari internet untuk mengetahui tempat-tempat makanan halal di Shanghai. Terdapat lebih kurang 20 restoran halal yang terdapat di sana.

Ketika berjalan di Nanjing Road, kami sempat singgah di salah satu restoran yang terdapat di sana.

















Shanghai bah.2

Suasana malam di kota Shanghai jauh berbeza berbanding waktu siang. Walaupun cuaca agak sejuk, tetapi dengan kotanya yang bermandi cahaya, pemandangan ternyata jauh indah dan menarik. Jalan Nanjing adalah salah satu jalan perniagaan yang popular di kota ini.

Satu perkara yang menarik perhatian di kota-kota besar seperti Shanghai ialah pengunaan lampu neon yang disusun sebegitu rupa yang membentuk rekaan yang menarik ditambah lagi dengan kerlipan lampunya yang menghiasi bangunan-bangunan di sepanjang jalan.

Secara keseluruhannya, ianya adalah suatu pengalaman yang sungguh menarik.


Salah sebuah kereta antik yang dipamerkan di Nanjing Road


Pengunaan lampu neon yang menarik


Hotel Westin the Bund


Pemandangan di Nanjing Road


Salah satu cara menikmati suasana malam di Shanghai

Thursday, 19 March 2009

Perantauan ke Shanghai

Bagi pengunjung pertama kali ke Shanghai seperti saya, Shanghai adalah pertembungan dua masa, Shanghai moden dan Shanghai lama yang dipisahkan oleh Sungai Huangpu.

Cuaca di Shanghai agak sejuk dengan suhu sekitar 16-19 darjah celsius pada waktu siang dan turun antara 10-12 darjah celsius pada waktu malam yang ditambah dengan angin menjadi suasana bertambah sejuk.

Suasana malam di lorong utama perniagaan seperti Nanjing Rd agak menarik dengan lampu neon menghiasi bangunan-bangunannya.


Pemandangan Pudong yang berjerebu dari bilik hotel


Perbandingan yang ketara antara Shanghai moden dan Shanghai lama


Suasana malam di Nanjing Rd