Monday, 21 September 2009

Permulaanya Rahmat, Pertengahannya Pengampunan dan Penghujungnya Pembebasan dari Api Neraka

Ketidak nampakan anak bulan Syawal pada petang hari Sabtu, 19hb September 2009, bermakna umat Islam di Negara Brunei Darussalam memulakan hari raya aidil fitri 1430H tahun ini pada hari ini, 1 Syawal 1430 bersamaan dengan 21hb September 2009.

Dengan tambahan satu hari kelmarin, membolehkan umat Islam di negara ini, menyelesaikan apa-apa jua yang belum siap dilaksanakan seperti membayar zakat fitrah, persiapan terakhir seperti membeli barang-barang keperluan dan menghias rumah.

Walau apa pun, peluang tersebut seboleh-bolehnya diisikan untuk meraih pahala berganda yang dijanjikan oleh Allah sepanjang bulan Ramadan dimana setiap amalan yang wajib digandakan sehingga 70 kali ganda dan amal-amal sunat diberikan pahala seperti melakukan amal-amal wajib. Sungguh satu rahmat yang besar yang diberikan oleh Allah.

Berkebetulan semalam, saya sempat bersembahyang berjemaah Asar di Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan. Saya berpeluang menyaksikan betapa ramai umat Islam yang mengambil peluang-peluang terakhir tersebut. Alhamdulillah.....

Hujan lebat yang turut pada petang semalam sebelum masuk waktu Maghrib bagaikan satu lagi rahmat daripada Allah terhadap umatnya di bumi Brunei Darussalam ini.

Betullah Ramadan itu permulaannya Rahmah, Pertengahannya Keampunan dan Pengakhiran Keselamatan daripada Api Neraka...

Ya Allah, pertemukan aku lagi dengan Ramadan yang akan datang... Amin.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Assalamualaikum Semua Kaum Muslimin dan Muslimat di mana saja berada....




Hari ini, 21 hb September 2009, adalah merupakan hari pertama umat Islam di Negara Brunei Darussalam menyambut hari raya aidil fitri.

Oleh kerana kesibukan sepanjang bulan Ramadan yang telah berlalu, saya sendiri terlupa untuk mengirimkan kad hari raya seperti tahun-tahun sebelumnya. SMS menjadi pengganti kiriman kad hari raya.

Bagi kami sekeluarga, hari raya tahun ini jauh berbeza tahun-tahun sebelumnya. Kepergian ibu saya pada bulan Jun yang lalu menyebabkan suasana hari raya yang agak janggal. Terasa sangat kesunyian terutama bagi anak-anak yang sudah terbiasa dengan kehadiran nenek mereka. Tapi apakan daya, Allah lebih mengasihinya dengan memanggilnya semula kehadiratNya. Sekalung Al-Fatihah buat arwah ibu saya....

Thursday, 18 June 2009

Kekosongan setelah kepergian ibu

Kini sudah masuk dua minggu ibu saya kembali ke rahmatullah.

Betapa jauh berbezanya suasana di rumah sejak kepergian ibu saya. Ibu saya bukan jenis yang banyak bunyi atau bercakap benda-benda yang tak tentu arah. Beliau lebih suka mendiamkan diri. Sepanjang kehidupannya, beliau lebih suka berdikari dan seorang yang gigih bekerja. Jarang banyak masanya dibiarkan terluang begitu sahaja. Satu sikap yang patut dicontohi. Beliau juga tidak suka meminta-minta daripada anak-anaknya.

Ya Allah, ampuni dosa-dosa kedua ibu bapa ku dan kasihilah mereka sebagai mana mereka telah mengasihiku semasa aku masih kecil.

Al-Fatihah

Saturday, 13 June 2009

Farshi Turab



Sebuah lagu untuk renungan kita semua bahawa satu hari nanti semuanya akan berakhir dengan kematian. Segala kesenangan dunia akan kita tinggalkan; harta yang kita bekerja siang malam untuk mengumpulkannya akan kita tinggalkan, suami atau isteri dan anak-anak yang kita sayangi akan kita tinggalkan, pangkat dan kedudukan akan kita tinggalkan. Cuma iman dan amal kebajikan saja yang akan mengiringi kita dalam perjalanan kita menuju akhirat.

Tiada yang kekal melainkan Dia iaitu Allah yang Maha Hidup

Kematian satu kemestian

Isya, 3hb June 2009, menyaksikan kembalinya seorang insan ke hadirat Illahi sebagai memenuhi perjanjian antaranya dengan Illahi bahawa pada suatu hari nanti ianya akan kembali kepada Nya setelah singgah sebentar di muka bumi ini.

Kematian adalah satu kemestian yang mesti dilalui oleh seorang insan bagi menghadapi kehidupan yang lebih kekal di alam akhirat nanti. Kepergian seorang insan telah memutuskan nikmat dunia yang pernah Allah berikan kepada Nya. Maka beruntunglah sesiapa yang telah memenuhi hidupnya dengan iman dan amal kebajikan yang penuh ikhlas kepada Allah.

Kepergian ibu ku menemui Allah seiring dengan laungan azan Isya dilepaskan dengan penuh kerelaan dan keredhaan. Perginya dengan penuh ketenangan menemui Illahi. Memang terasa sedih dengan kepergiannya, akan tetapi aku merasa bersyukur dengan tenangnya kepergiannya. Ya Allah rahmatilah ibuku dan terimalah semua amalannya selama hayatnya di muka bumi ini. Amin

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun....

Sunday, 10 May 2009

Hujan Lebat

Alhamdulillah, pagi selepas walkathon, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang berterusan lebih daripada 30 minit itu dan diiringi dengan kilat dan guruh, menjadikan suasana lebih nyaman dan sejuk.

Sudah agak lama juga hujan tidak turun dengan lebatnya, kalau ada pun renyai-renyai dan agak singkat masanya.

Jubli Perak Masjid Kg Beribi

Masjid Kampung Beribi mengadakan walkathon pagi tadi sempena sambutan Jubli Peraknya. Perjalanan bermula dari perkarangan masjid menuju jalan Beribi dan berpusing pada laluan Stesen Minyak Taib kembali ke masjid Beribi.

Walkathon dilepaskan oleh Penghulu Mukim Gadong B selaku tetamu kehormat turut disertai oleh pegawai daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, pegawai-pegawai masjid, penduduk dan jemaah masjid. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Walkathon ini adalah salah satu usaha untuk mengujudkan budaya sihat supaya umat Islam sentiasa berada dalam kesihatan untuk memudahkan beramal ibadat.












Sunday, 26 April 2009

Cuaca panas

Setelah dibasahi dengan hujan yang tidak henti-henti sepanjang bulan Januari dan Februari yang lalu, negara kita kini mengalami cuaca yang agak panas sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Penghawa dingin kini menjadi rebutan dan dengan pertukaran antara cuaca panas dan penghawa dingin sebahagian orang terutama sekali kanak-kanak menjadi mudah terkena jangkitan selsema dan demam panas. Semalam ketika membawa anak ke klinik kesihatan Rimba, banyak juga kanak-kanak yang dibawa berjumpa dengan doktor mengadu selsema dan demam.


gambar hiasan


Pakar-pakar kesihatan selalu menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terdedah kepada panas terik dan selalu minum air untuk mengelakkan kehilangan air yang banyak akibat peluh dan buang air.


Wednesday, 25 March 2009

Makanan Halal, Shanghai

Sepanjang berada di Shanghai, makanan halal tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak restoran halal masakan pelbagai kaum di China. Sebelum bertolak ke Shanghai, saya sempat melayari internet untuk mengetahui tempat-tempat makanan halal di Shanghai. Terdapat lebih kurang 20 restoran halal yang terdapat di sana.

Ketika berjalan di Nanjing Road, kami sempat singgah di salah satu restoran yang terdapat di sana.

















Shanghai bah.2

Suasana malam di kota Shanghai jauh berbeza berbanding waktu siang. Walaupun cuaca agak sejuk, tetapi dengan kotanya yang bermandi cahaya, pemandangan ternyata jauh indah dan menarik. Jalan Nanjing adalah salah satu jalan perniagaan yang popular di kota ini.

Satu perkara yang menarik perhatian di kota-kota besar seperti Shanghai ialah pengunaan lampu neon yang disusun sebegitu rupa yang membentuk rekaan yang menarik ditambah lagi dengan kerlipan lampunya yang menghiasi bangunan-bangunan di sepanjang jalan.

Secara keseluruhannya, ianya adalah suatu pengalaman yang sungguh menarik.


Salah sebuah kereta antik yang dipamerkan di Nanjing Road


Pengunaan lampu neon yang menarik


Hotel Westin the Bund


Pemandangan di Nanjing Road


Salah satu cara menikmati suasana malam di Shanghai

Thursday, 19 March 2009

Perantauan ke Shanghai

Bagi pengunjung pertama kali ke Shanghai seperti saya, Shanghai adalah pertembungan dua masa, Shanghai moden dan Shanghai lama yang dipisahkan oleh Sungai Huangpu.

Cuaca di Shanghai agak sejuk dengan suhu sekitar 16-19 darjah celsius pada waktu siang dan turun antara 10-12 darjah celsius pada waktu malam yang ditambah dengan angin menjadi suasana bertambah sejuk.

Suasana malam di lorong utama perniagaan seperti Nanjing Rd agak menarik dengan lampu neon menghiasi bangunan-bangunannya.


Pemandangan Pudong yang berjerebu dari bilik hotel


Perbandingan yang ketara antara Shanghai moden dan Shanghai lama


Suasana malam di Nanjing Rd

Thursday, 26 February 2009

Hujan...

Setelah hujan lebat yang melanda Brunei Darussalam pada bulan Januari dan awal Februari, cuaca mula beransur panas pada pertengahan bulan Februari membawa kepada hari kebangsaan. Cuaca agak panas ketika sambutan hari kebangsaan membuatkan banyak peserta yang mengambil bahagian mengalami masalah kesihatan.

Tetapi suasana bertukar pada waktu malam selepas hari kebangsaan tersebut. Cuaca yang pada siangnya panas bertukar menjadi hujan dan menurut sebahagian laporan, ada beberapa tempat yang mengalami banjir kilat walaupun sekejap dan tidak menjejaskan keadaan seperti yang berlaku sebelum ini.

Malam tadi selepas dikir maulud di Masjid Kampung Masin, hujan turun agak lebat sehingga menyebabkan sebahagian jalan Kg Bunut, Madewa dan Telanai ditenggalami air. Mujur juga tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan, tanah runtuh dan sebagainya.

Dikir Maulud....


Dikir Marhaban

Hari ini sudah masuk malam ke 5 berlangsungnya dikir maulud sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah di seluruh negara. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja, umat Islam di negara ini tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Maulud Nabi dengan berbagai aktiviti yang bertujuan untuk menzahirkan rasa syukur dan gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad yang mana acara kemuncaknya ialah perarakan Maulud Nabi pada 9hb Mac 2009 yang menjadi sambutan peringkat negara sejak dahulu lagi.


Hari Kebangsaan ke 25 bah.3

Sebahagian lagi gambar semasa Hari Kebangsaan ke 25 tahun




















Wednesday, 25 February 2009

Hari Kebangsaan ke 25 bah. 2

Sebahagian lagi gambar yang sempat dirakam pada hari Kebangsaan ke 25 pada 23hb Februari 2009 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Monday, 23 February 2009

Hari Kebangsaan ke 25

Hari ini adalah hari bersejarah bagi rakyat dan penduduk negara ini. Hari ini sudah 25 tahun negara kita mengecapi nikmat kemerdekaan dan pemerintahan sendiri untuk berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.



Buku kenang-kenangan Hari Kebangsaan


Sebahagian orang ramai yang hadir


Perbarisan lalu







Sunday, 22 February 2009

Doa Kesyukuran Sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan bah. 2

Alhamdulillah, para pemimpin negara ini bersama dengan rakyaat negara ini yang beragama Islam telah bersama-sama menunaikan solat berjemaah Maghrib dan Isya' di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadah di seluruh negara disamping membaca surah Yaasin beramai-ramai dan doa sempena jubli perak hari kebangsaan.

Di masjid yang saya kunjungi petang dan malam tadi, majlis yang sama turut diadakan selepas solat Maghrib. Alhamdulillah, sambutan daripada jemaah yang datang cukup menggalakkan.


Doa Kesyukuran Sempena Jubli Perak Hari Kebangssan

Maghrib petang ini akan menyaksikan satu lagi simbol beragama di negara ini dengan acara sembahyang berjemaah Maghrib dan Isya' disertai dengan bacaan Yaasin dan Doa Kesyukuran sempena dengan sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati oleh negara ini adalah kurnia Allah yang sepatutnya kita syukuri dengan memperbanyak amalan-amalan yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarangNya. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud ".... jika kamu bersyukur, Aku tambahkan nikmat Ku.....".


Pemimpin dan rakyat bersama-sama memanjatkan syukur kepada Illahi...

Janganlah kesenangan dan kemakmuran yang ada ini, menjadikan kita lalai dan kufur ingkar, kerana Allah pada bila-bila masa saja boleh menarik kembali nikmat tersebut. Jadilah kita sebagai umat Islam Brunei yang semakin bersyukur, beriman dan beramal sejajar dengan bertambahnya kurniaNya. Amin...


Tinggal satu hari saja lagi....



Kini tinggal satu hari saja lagi menjelang hari kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 25 tahun.

23hb Februari 2009 adalah hari yang sangat bersejarah dalam perkembangan negara ini. Sudah setentunya, rakyat dan penduduk negara ini tidak sabar lagi untuk meraikan hari yang bersejarah ini. Esok Stadium Negara Hassanal Bolkiah akan bergema dengan semangat patriotik dan kebangaan di atas kejayaan negara selama 25 tahun mencapai pemerintahan sendiri.

Semoga Brunei Darussalam akan menjadi negara yang maju dengan petunjuk Allah. Amin....

Monday, 16 February 2009

Lagi keindahan Pantai Seri Kenangan

Sebahagian lagi keindahan Pantai Seri Kenangan yang sempat saya abadikan kelmarin...


Buah pandan laut...



kulit kerang yang menarik...



kumpulan kulit kerang yang banyak menghiasi pantai...